Tentang aku & Fotografi Jalanan

Fotografi Jalanan pada Pandangan Aku

     Pada aku fotografi jalanan adalah satu bentuk fotografi yang diambil di jalanan, tak kiralah jalanan kampung, bandar atau pekan, asalkan gambarnya diambil di jalanan, dan gambarnya adalah rawak dan tidak terancang maka gambar itu boleh dikategorikan sebagai fotografi jalanan. Oleh itu, gambar-gambar yang di'stage' atau mempunyai perancangan awal seperti menangkap gambar seorang model maka gambar tersebut adalah bukan fotografi jalanan.


      Pada aku cabaran terbesar fotografi jalanan adalah kekurangan konfiden pada diri dan diri aku sering malu dan segan untuk menangkap gambar orang, lebih-lebih lagi dalam fotografi jalanan, subjek yang paling common sudah tentu ialah orang ramai. Setakat ini, aku juga tidak mempunyai rakan se'photo-walk' dan aku sering keluar photo-walk berseorangan yang menyebabkan keyakinan dalam diri selalunya rendah.

     Namun ada kelebihan juga keluar seorang, kita akan dapat mengfokuskan style kita dengan lebih mendalam, kita akan terus menggali style atau cara pengambilan gambar yang tersendiri yang lahir dari minda sendiri. Seperti Faizal Wescott (Street Photographer) cakap, apabila keluar seorang kita akan lebih senang untuk memerhati sekeliling dan mencari potensi gambar yang cantik dan menarik. 

     Fotografi jalanan juga membuatkan hati aku berasa bebas dan setiap kali aku berjaya menghasilkan gambar yang menarik dan cantik, aku akan berasa puas dan gembira. Bila ada peluang je untuk keluar menangkap gambar aku susah untuk lepaskan. Semoga aku akan terus minat dan berasa bebas apabila melakukannya.

     At the end of the day, apa yang penting adalah kita terus berkarya, angkat kamera dan terus belajar. Setiap hari baru adalah peluang baru untuk mempelajari sesuatu yang baru. Hasilkan teori dan lakukan praktik, pada aku itu yang paling penting dalam membangunkan diri sendiri. 

Sekian oleh Adam.